Department of Standards Malaysia

 
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • dark color
  • red color
Jika anda ingin menerima berita, komen publik dan persidangan, sila daftar.
Utama arrow Potongan Cukai
Insentif Cukai Akreditasi Print E-mail
PENGENALAN

1. Akreditasi memastikan badan-badan pensijilan (CBs) dan makmal-makmal untuk menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai agar keyakinan para pengguna dan pihak penguatkuasa dapat ditingkatkan secara berterusan dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan pasaran. Akreditasi juga memudahkan perdagangan antarabangsa selaras dengan perjanjian WTO/TBT yang menekankan ungkapan  “One product, One Test/Certification, Acceptable Everywhere”.  

KELAYAKAN

1. Bagi tujuan menggalakkan dan mempelawa lebih banyak badan pensijilan dan makmal-makmal untuk menyertai skim-skim akreditasi STANDARDS MALAYSIA, kerajaan telah memutuskan untuk memperkenalkan insentif cukai yang berupa potongan cukai bagi badan-badan pensijilan dan makmal-makmal dalam mendapatkan akreditasi daripada STANDARDS MALAYSIA, sebagaimana termaktub di bawah perenggan 34(6)(m), Akta Cukai Pendapatan 1967. 

2.  Badan-badan pensijilan dan makmal-makmal yang telah mendapat akreditasi oleh STANDARDS MALAYSIA layak untuk mendapat potongan cukai terhadap kos yang dikenakan oleh STANDARDS MALAYSIA seperti di bawah:
i)Yuran penilaian
ii)Yuran Tahunan
iii)Yuran-yuran lain yang dikenakan oleh STANDARDS MALAYSIA

3. “Sistem Taksir Sendiri”  yang merupakan sistem baru yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengkehendaki pembayar cukai untuk menentukan sendiri dan membayar cukai yang dikenakan. Pembayar cukai diberikan tanggungjawab untuk mengira jumlah cukai tanggungan mereka. Dengan itu, badan-badan pensijilan dan makmal-makmal yang telah diakredit oleh STANDARDS MALAYSIA boleh memotong perbelanjaan terhadap kos yang dikenakan oleh STANDARDS MALAYSIA dalam menentukan untung rugi pendapatan perniagaannya. Walau bagaimanapun, badan-badan pensijilan dan makmal-makmal perlu menyimpan salinan resit-resit pembayaran dan sijil perakuan akreditasi sebagai bukti terhadap perisytiharan cukai mereka dan harus dikemukakan sekiranya diaudit oleh LHDN.

4. Di bawah perenggan 34(6)(ma), Akta Cukai Pendapatan 1967, syarikat-syarikat berhak mendapat potongan dua kali terhadap perbelanjaan ditanggung bagi tujuan mendapatkan pensijilan sistem-sistem kualiti dan standard yang diiktiraf daripada badan pensijilan sepertimana yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan. Mereka juga bertanggungjawab dalam menyimpan salinan-salinan sijil akreditasi dan resit-resit pembayaran bagi kos yang dikenakan oleh badan pensijilan yang diakredit oleh STANDARDS MALAYSIA bagi tujuan mendapatkan pensijilan untuk sistem mereka.  

5. Potongan cukai tersebut terpakai untuk semua program yang dikendalikan di bawah pelbagai skim akreditasi yang ditawarkan oleh STANDARDS MALAYSIA.

Ekstrak daripada Akta Cukai Pendapatan 1967 – Subseksyen 34 (6):

 “(m) an amount equal to the expenditure, not being capital expenditure, incurred by a company in the relevant period for the purpose of obtaining accreditation for a laboratory or as a certification body, as evidenced by a certificate issued by the Department of Standards Malaysia :   Provided that the expenditure incurred in the relevant period shall be deemed to be incurred by that company in the basis period for the year of assessment in which the certificate is issued ;

 “(ma) an amount twice the amount of the expenditure, not being capital expenditure, incurred by a company in the relevant period for the purpose of obtaining certification for recognised quality systems and standards, and halal certification, evidenced by a certificate issued by a certification body as determined by the Minister:  Provided that the expenditure incurred in the relevant period shall be deemed to be incurred by that company in the basis period for the year of assessment in which the certificate is issued;
Last Updated ( Tuesday, 16 June 2009 )
 
Next >

Login

RSS Feeds


Subscribe to our RSS Feeds

Perkhidmatan Online

Pautan Pantas

Jumlah Pelawat

Anda adalah pelawat yang ke:

standards malaysia

Best viewed using IE version 6.0 and above with 1024 x 768 resolution
Copyright © 2008 Department of STANDARDS MALAYSIA. All rights reserved.

Copyright Notice | Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy

.