Department of Standards Malaysia

 
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • dark color
  • red color
Jika anda ingin menerima berita, komen publik dan persidangan, sila daftar.
Utama arrow Skim Akreditasi Badan-badan Pemeriksa (MIBAS)
Skim Akreditasi Badan-badan Pemeriksa (MIBAS) Print E-mail

LATAR BELAKANG SKIM

Sebutan bagi MIBAS ialah [My Bess] -  Malaysia Inspection Bodies Accreditation Scheme telah dilancarkan pada 20 November 2006. Skim ini ditadbir oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

MIBAS adalah skim akreditasi badan-badan pemeriksa kebangsaan yang mengakredit badan pemeriksa bagi pelbagai disiplin. Ia adalah aktiviti akreditasi rasmi bagi menilai kecekapan sesebuah badan pemeriksa termasuk individu yang menjalankan aktiviti pemeriksaan.

Pemeriksaan ialah penilaian terhadap reka bentuk, perkhidmatan, proses atau pengilangan sesuatu produk dalam menentukan kepatuhan terhadap keperluan-keperluan spesifik atau berdasarkan pertimbangan secara profesional. Ini menunjukkan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang melibatkan aktiviti pemeriksaan.

Skim ini ditawarkan kepada organisasi yang menjalankan perkhidmatan pemeriksaan. Melalui akreditasi, badan-badan pemeriksa menerima pengiktirafan secara rasmi terhadap kepakaran, kecekapan, sistem kualiti, prosedur, peralatan dan kemudahan berdasarkan penilaian berkecuali yang dijalankan oleh STANDARDS MALAYSIA.

MIBAS membolehkan sesebuah badan pemeriksa untuk mengukur aktiviti yang dilaksanakan berpandukan amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Melalui akreditasi juga, pengeluar atau pengilang dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan terhadap aktiviti pemeriksaan dalaman (in-house).

RUJUKAN KEPADA AKREDITASI MIBAS

Badan pemeriksa yang telah diakredit dibenarkan menggunakan simbol MIBAS dan / atau membuat rujukan kepada akreditasi MIBAS dengan menggunakan ungkapan MIBAS Accredited Inspection Bodies for specific test as per Certificate No. MIBAS 00X.

YURAN

Yuran semasa adalah seperti berikut:

  • Yuran permohonan: RM 3,500 untuk bidang pertama dan RM 200 untuk setiap bidang berikutnya.
  • Yuran pembaharuan tahunan: RM 3,000 untuk bidang pertama dan RM 200 untuk setiap bidang berikutnya.
  • Yuran penilaian: RM 600 bagi setiap penilai.
  • Yuran pindaan sijil: RM 100.
  • Permohonan untuk penambahan skop: RM 200 bagi setiap bidang.
  • Yuran untuk penilaian tambahan: RM 600 bagi setiap penilai.
  • Yuran-yuran lain, sekiranya perlu.

Yuran permohonan tidak akan dipulangkan semula. Permohonan adalah dianggap luput jika makmal pemohon gagal memperolehi akreditasi dalam tempoh dua tahun daripada tarikh penerimaan permohonan.

PERKHIDMATAN

STANDARDS MALAYSIA dianggotai oleh pegawai teknikal sepenuh masa dan kakitangan sokongan untuk menjalankan operasi hariannya. Ia dikendalikan selaras dengan standard MS ISO / IEC 17011.

KRITERIA AKREDITASI


Akreditasi badan-badan pemeriksa dijalankan berdasarkan MS ISO / IEC 17020: 1998 "General Requirement for the Operation of Various Types of Bodies Performing Inspection" dan kehendak-kehendak lain yang digunapakai dalam aktiviti penilaian dan proses akreditasi.


KAEDAH PEMERIKSAAN


Semua kaedah standard daripada badan standard kebangsaan dan antarabangsa serta pertubuhan teknikal yang diiktiraf boleh diterima sebagai kaedah-kaedah pemeriksaan. Kaedah pemeriksaan lain juga boleh diterima sekiranya kaedah-kaedah ini disah dan didokumentasikan.

PROSES AKREDITASI

  • Permohonan
  • Adequacy audit
  • Pra-penilaian
  • Penilaian pematuhan
  • Penutupan ketidak patuhan
  • Penilaian laporan akreditasi
  • Syor bagi penganugerahan akreditasi   
  • Penganugerahan akreditasi
  • Pemantauan berkala

SIJIL AKREDITASI

Sah untuk tiga (3) tahun dan diperbaharui mengikut terma dan syarat-syarat MIBAS.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN SEMULA

Pemantauan badan-badan pemeriksa yang telah diakredit dijalankan setiap sebelas (11) bulan manakala penilaian semula dijalankan setiap tiga (3) tahun.

PENILAI

Penilai-penilai MIBAS terdiri daripada kakitangan agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), universiti-universiti, agensi kerajaan dan badan-badan pemeriksa swasta. Individu kompeten lain juga dilantik sebagai penilai-penilai MIBAS. Penilai-penilai MIBAS telah diberi latihan oleh Jabatan Standard Malaysia, badan-badan akreditasi di rantau Asia Pasifik serta pertubuhan lain yang kompeten.

PROSEDUR RAYUAN
 
Prosedur rayuan yang mengekalkan dasar berkecuali dan kesaksamaan dalam proses rayuan, telah diwujudkan untuk pengendalian dan penyelesaian sebarang rayuan yang mungkin timbul daripada proses akreditasi.

PENERBITAN


Dokumen yang diterbitkan oleh SAMM boleh didapati pada harga yang nominal. Senarai dokumen tersebut boleh didapati di STANDARDS MALAYSIA dan juga boleh dimuat turun dari laman web STANDARDS MALAYSIA.

  • Kriteria akreditasi
  • Terma dan syarat
  • Dokumen teknikal dan panduan

Sebarang maklum balas atau komen boleh dihantarkan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Standard Malaysia
Century Square
Tingkat 1 & 2, Blok 2300
Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor
(U/p: Pengarah Akreditasi)
Tel: 603- 8319 1401/1410 / Faks: 603-8318 9339
Emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Last Updated ( Wednesday, 17 June 2009 )
 
< Prev

standards malaysia

Best viewed using IE version 6.0 and above with 1024 x 768 resolution
Copyright © 2008 Department of STANDARDS MALAYSIA. All rights reserved.

Copyright Notice | Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy

.