Bidang-bidang Pengujian1. KIMIA Ujian dan analisis kimia ke atas produk dan bahan.
2.BIOLOGI Pengujian dan pengukuran biologi, mikrobiologi dan bioperubatan termasuk pemeriksaan makanan, dadah dan farmaseutikal.
3.ELEKTRIK Pengujian terhadap komponen, kelengkapan dan peralatan elektrik dan elektronik yang merangkumi peralatan komersial, industri dan peralatan rumah kediaman.
4.HABA Merangkumi pencirian haba bagi bahan-bahan binaan, ujian kebakaran seperti ujian penilaian ketahanan api, nyalaan, kemudahbakaran dan sebagainya bagi produk dan bahan.
5. MEKANIKAL Pengujian mekanikal/fizikal dan logam bagi bahan dan produk. Merangkumi ujian seperti ketegangan, pemecahan, pemanjangan, keanjalan, kekerasan dan ketahanan pada bahan-bahan.
6. UJIAN TANPA MUSNAH (NDT) Pemeriksaan bahan, komponen dan pemasangan bagi mengesan kerosakan tanpa merosakkan bahan, komponen atau pemasangan. Ia merangkumi ujian-ujian seperti radiografi, ultrasonik, penembusan, zarah magnetik dan arus pusar.
7.PENGUJIAN RADIOAKTIF Pengujian dan analisis radioaktif pada bahan-bahan dan sampel.
8. PENGUJIAN RACUN PEROSAK KEDIAMAN Pengujian terhadap racun perosak kediaman yang merangkumi kepingan penghalau nyamuk, pengewap cecair elektrik, penyembur aerosol ruang, penyembur aerosol residu, penyembur aerosol terus, lingkaran nyamuk, umpan lipas, penghalau nyamuk bagi kulit, umpan bagi tikus kediaman, lingkaran kertas tidak berasap, gel dan lain-lain produk.
9.TOKSISITI Pengujian bagi produk kimia, produk yang dikilangkan, produk kosmetik dan penjagaan kulit, alat-alat perubatan dan juga sampel bahan-bahan buangan dan alam sekitar.
10.KESERASIAN ELEKTROMAGNETIK Pengujian keserasian elektromagnet termasuk pengujian gangguan elektromagnet dan ujian ketahanan.
11.PENGUJIAN VETERINAR Pengujian yang merangkumi skop berikut; bakteriologi, mikologi, serologi, virologi, parasitologi, patologi, biologi molekul, patologi klinikal, imunologi, prion, kimia, analisis makanan dan pemakanan haiwan.
12. PENGUBAHSUAIAN GENETIK ORGANISMA Analisis untuk pengesanan dan penaksiran terhadap genetik sesuatu organisma yang telah diubahsuai yang merangkumi analisis DNA serta kaedah berasaskan protein.
13. ASID NUKLEIK Pengujian asid nukleik merangkumi pengujian ke atas biologi molekul dan analisis genetik bagi pelbagai sampel biologi. 14. PROFIL DNA BAGI SAINS FORENSIK Pengujian profil dan baka DNA menggunakan teknik DNA untuk bidang sains forensik.
15.ANALISIS BAHAN-BAHAN PUNCA KEBAKARAN BAGI SAINS FORENSIK Merangkumi pengujian bagi makmal-makmal yang terlibat dalam analisa bahan-bahan punca kebakaran bagi bidang sains forensik. Bidang Penentukuran
1.PENGUKURAN HABA DAN SUHU Merangkumi peralatan pengukuran bagi haba, suhu dan kelembapan.
2. PENGUKURAN ELEKTRIK Merangkumi tentukuran bagi peralatan dan perkakasan elektrik dan elektronik.
3.PENGUKURAN JISIM DAN KUANTITI YANG BERKAITAN DENGAN JISIM Merangkumi pengukuran jisim, ketumpatan, tekanan, daya, kekerasan, kelikatan, aliran, dan isipadu serta pemeriksaan mesin dan peralatan yang digunakan bagi pengukuran ini.
4.PENGUKURAN OPTIK DAN FOTOMETRI Merangkumi pengukuran yang dibuat menggunakan peralatan dan perkakasan optik dan fotometri seperti pengukuran warna dan kelicinan permukaan (pantulan, kilauan); pengukuran panjang gelombang sinaran yang melibatkan cahaya nampak dan cahaya dekat inframerah dan ultra ungu.
5. PENGUKURAN DIMENSI Merangkumi pelbagai kerja-kerja penentukuran panjang dan dimensi.
6. PENGUKURAN AKUSTIK DAN GEGARAN Merangkumi pengukuran gangguan persekitaran dan gegaran mekanikal, tentukuran akustik dan gegaran peralatan pengukuran, pencirian bahan dan struktur bagi akustik dan gegaran, audiometrik, pengukuran kuasa bunyi, keseimbangan dinamik dan pengujian prestasi akustik dan gegaran.
7. PENGUKURAN RADIOAKTIVITI Merangkumi penentukuran bagi peralatan pengukuran sinaran. ___________________________________________________________________________________________________________________ Bidang Pengujian Perubatan
1. Patologi Anatomi (Sitopatologi) - Sitopatologi Ginekologi
- Sitopatologi Bukan Ginekologi
- Sitologi Penyedutan Menggunakan Jarum Halus
2.Patologi Anatomi (Histopatologi) - Histopatologi Diagnosis
- Potongan Intraoperatif Sejuk Beku
3.Patologi Kimia - Pengujian Kimia Umum bagi Darah, Urin dan Cecair Badan, Gas-Gas Dalam Darah dan Ko-Oksimetri, Pemantauan Dadah Terapeutik, Toksikologi Klinikal Terhad (Paracetamol, Salicylate, Benzodiazepine, Paraquit.
- Merangkumi Pengujian Toksikologi Klinikal, Penyalahgunaan Dadah, Logam Berat dan Unsur Surih
- Pengujian Kimia Khas yang Merangkumi Pengujian Hormon dan Metabolik, Penanda Tumor/Ketumbuhan, Amino Biogenik, Lipid Khas dan Lain-lain.
- Pengujian Biokimia Genetik
4.Hematologi - Pengujian Hematologi Umum
- Koagulasi Darah
- Imunohematologi
- Hematologi Molekul
- Aliran Sitometri bagi Aplikasi Hematologi
5.Mikrobiologi Perubatan
- Pengasingan dan Pengenalpastian Bakteria
- Pengasingan dan Pengenalpastian Kulat
- Pengasingan dan Pengenalpastian Mikobakteria
- Pengujian Kerentanan Antimikrobial
- Pengesanan dan Pemeriksaan Langsung Parasit
- Penggandaan Asid Nukleik dan/atau Pengesanan untuk Diagnosis Jangkitan.
- Diagnosis Serologi bagi Jangkitan.
- Diagnosis Immunologi
6.Pengujian Mikrobiologi Virologi
- Serologi Virus
- Pengasingan Virus
- Teknik Bukan Kultur untuk Pengesanan Virus Patogen (Pengesanan Antigen dan Asid Nukleik)
7.Pengujian Bantuan Reproduktif - Analisis Air Mani
- Penyediaan Sperma
- Kriopengawetan Sperma
- Persenyawaan In-Vitro
- Pemindahan Gamet Intra Fallopio
- Suntikan Sperma Intra Sitoplasmik
- Bantuan Penetasan Telur
- Kriopengawetan Oosit/Embrio/Blastosis
8. Sitogenetik
- Sitogenetik Pra-Kelahiran
- Sitogenetik Selepas Kelahiran
- Sitogenetik Kanser/Onkologi
- Sitogenetik Molekul
|