Department of Standards Malaysia

 
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • dark color
  • red color
Jika anda ingin menerima berita, komen publik dan persidangan, sila daftar.
Utama arrow Pengiktirafan Antarabangsa
Pengiktirafan Antarabangsa Print E-mail

Asia Pacific Laboratory Accreditation Cooperation (APLAC)Asia Pacific Laboratory Accreditation Cooperation (APLAC) telah dimulakan pada tahun 1992 sebagai suatu forum untuk badan-badan akreditasi makmal di rantau Asia Pasifik. Tujuan utamanya adalah untuk menubuh, membangun dan memperluas satu perkiraan kerjasama yang saling diiktiraf di antara badan-badan akreditasi di rantau ini.

Malaysia, melalui STANDARDS MALAYSIA telah diterima menjadi penandatangan Asia Pacific Laboratory Accreditation Cooperation (APLAC) Mutual Recognition Arrangement (APLAC MRA) dalam bidang pengujian pada 14 November 2002. Peristiwa bersejarah ini mengambil tempat di Vancouver, Kanada. Setahun kemudian, statusnya sebagai penandatangan MRA telah dilperluas dengan menambah bidang penentukuran yang berkuatkuasa mulai 13 November 2003.

Pada tahun 2007, STANDARDS MALAYSIA telah meningkatkan lagi pengiktirafan APLAC MRA dengan menandatangani perjanjian dalam bidang Pengujian Perubatan pada 18 April 2007.


Image

International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) merupakan suatu pertubuhan kerjasama antarabangsa badan-badan akreditasi makmal dan badan pemeriksa yang telah dibangunkan lebih dari 30 tahun lepas yang bertujuan bagi membantu menghapuskan halangan-halangan teknikal kepada perdagangan.

Matlamat utama kerjasama ILAC ialah untuk meningkatkan penggunaan dan penerimaan oleh industri serta badan penguatkuasa terhadap keputusan-keputusan makmal-makmal dan badan pemeriksa yang telah diakredit, termasuk keputusan daripada makmal-makmal negara luar. Dalam hal ini, perdagangan bebas yang bermatlamatkan  'product tested once and accepted everywhere' dapat direalisasikan. 

Malaysia telah diterima menjadi penandatangan kepada International Laboratory Accreditation Cooperation Mutual Recognition Arrangement (ILAC MRA) dalam bidang pengujian pada 16 Januari 2003. Sementara itu, bagi bidang penentukuran, Malaysia telah diterima masuk sebagai penandatangan ILAC MRA pada 19 November 2003.


Image 

Pacific Accreditation Cooperation (PAC)

Pacific Accreditation Cooperation (PAC) merupakan sebuah pertubuhan badan-badan akreditasi dan pihak-pihak berkepentingan lain yang berhasrat untuk mempermudah perdagangan dan perniagaan antara ekonomi di rantau Asia Pasifik. PAC telah meningkatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap badan akreditasi yang menjadi ahli berlandaskan kesetaraan program akreditasi yang dilaksanakan. PAC telah beroperasi melalui rangka kerja antarabangsa iaitu pertubuhan International Accreditation Forum (IAF) dan kerjasama dengan badan akreditasi serantau lain di seluruh dunia.  
Malaysia melalui STANDARDS MALAYSIA telah memperolehi pengiktirafan antarabangsa melalui penerimaan masuk ke pertubuhan  Pacific Accreditation Cooperation (PAC) Multilateral Recognition Arrangement (MLA) bagi tiga program sebagai di bawah: 

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

PAC MLA untuk program QMS telah ditandatangani di Australia pada 5 November 1998, oleh bekas Pengarah Akreditasi STANDARDS MALAYSIA, iaitu En. Chin Miew Lim

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)

PAC MLA untuk program EMS telah ditandatangani pada 31 Disember 2005 oleh bekas Ketua Pengarah STANDARDS MALAYSIA, Dato' Mariani Mohammad.

Pensijilan Produk (PC)

STANDARDS MALAYSIA telah diterima sebagai penandatangan bagi PAC MLA untuk program Pensijilan Produk (PC) pada 16 Jun 2009. 


Image

International Accreditation Forum (IAF)

International Accreditation Forum (IAF) merupakan pertubuhan badan-badan akreditasi penilaian ketepatan dan badan-badan lain yang berkepentingan dalam bidang penilaian ketepatan sistem pengurusan, produk, perkhidmatan, personel dan program-program penilaian ketepatan lain. Fungsi utama ia ditubuhkan ialah untuk mewujudkan satu program penilaian ketepatan tunggal global, yang dapat mengurangkan risiko terhadap perniagaan dan para pelanggannya dengan memberikan keyakinan terhadap kebolehpercayaan pensijilan yang telah mendapat akreditasi.

Malaysia melalui STANDARDS MALAYSIA telah diterima keahlian kepada International Accreditation Forum (IAF) Multilateral Recognition Arrangement (MLA) bagi tiga program seperti berikut

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)

IAF MLA untuk program QMS telah ditandatangani pada 29 September 1999, bertempat di Vienna International Centre, Austria oleh Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary Malaysia, H.E. Cik Melanie Leong Sook Lei

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS)

IAF MLA untuk program EMS telah ditandatangani pada 9 Februari 2006, oleh bekas Ketua Pengarah STANDARDS MALAYSIA, Dato' Mariani Mohammad.  

Pensijilan Produk (PC)

STANDARDS MALAYSIA telah diterima sebagai penandatangan bagi IAF MLA untuk program Pensijilan Produk (PC) pada 9 Julai 2009. 


KUMPULAN PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA PELBAGAI HALA

AKREDITASI BADAN-BADAN PENSIJILAN

Last Updated ( Tuesday, 04 August 2009 )
 
< Prev

standards malaysia

Best viewed using IE version 6.0 and above with 1024 x 768 resolution
Copyright © 2008 Department of STANDARDS MALAYSIA. All rights reserved.

Copyright Notice | Privacy Policy | Disclaimer | Security Policy

.