Standards

Public Comment

ULASAN UMUM BAGI:

 

i) SATU (1) DRAF SEMAKAN SEMULA MS 2038:2006 SITE INVESTIGATIONS - CODE OF PRACTICE (FIRST REVISION) (1 JUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2019)

ii) TIGA (3) PENARIKAN BALIK MS (1 JUN 2019 HINGGA 31 JULAI 2019)

iii) SATU (1) PINDAAN MS 2397:2016, AMD 2 COATED GLASS IN BUILDING - SPECIFICATION (FIRST REVISION) (1 JUN 2019 HINGGA 14 JUN 2019)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama-sama ini disertakan senarai draf Malaysian Standards (MS) yang sedang dibangunkan seperti di Lampiran A, senarai Malaysian Standard yang disyorkan untuk ditarik balik tanpa gantian seperti di Lampiran B serta senarai draf pindaan MS seperti di Lampiran C untuk ulasan umum.

Draf-draf Malaysian Standards tersebut adalah mengenai pelbagai barangan, proses-proses dan tatasusila amalan dalam pelbagai bidang industri yang dibangunkan di bawah Jawatankuasa Standard Kebangsaan (NSC) di Jabatan Standard Malaysia. Jadual pecahan jumlah draf-draf Malaysian Standards tersebut mengikut NSC disertakan di lampiran DI SINI.

Penyediaan draf-draf Malaysian Standards tersebut telah dibuat oleh jawatankuasa berkaitan yang ditubuhkan di bawah Sistem Pembangunan Malaysian Standard yang diwakili oleh pihak industri, kementerian, agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan yang pakar dalam bidang berkenaan. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Standard Malaysia mengalu-alukan sebarang ulasan ke atas draf-draf Malaysian Standards tersebut.

Bagi mereka yang bukan ahli bagi mana-mana jawatankuasa pembangunan standard, draf-draf Malaysian Standards yang diterima pakai (adopted) dari standard ISO/IEC, ASTM dan EN boleh diperolehi (dalam bentuk hard copy sahaja) DENGAN bayaran seperti tertera. Tuan/puan boleh membeli draf Malaysian Standards tersebut dengan datang sendiri ke Kaunter Jualan Standard, di Jabatan Standard Malaysia; atau boleh menyemak secara percuma di Perpustakaan Jabatan Standard Malaysia. Selain daripada draf Malaysian Standards yang diterima pakai (adopted), draf Malaysian Standards untuk ulasan umum boleh dimuat turun TANPA bayaran dari halaman yang tertera di bawah.

Draf-draf untuk ulasan umum boleh diperolehi daripada:

 

Jabatan Standard Malaysia

(u.p.: Bahagian Standardisasi)

Tel: 03- 8008 2869 (Nor Jalilah Md Yusop)

   03- 8008 2864 (Fakheezah Borhan)

Fax: 03-8008 2901

E-mail: pc@jsm.gov.my

 

Dimaklumkan juga bahawa draf-draf Malaysian Standards tersebut masih dalam peringkat penyediaan dan tertakluk kepada pindaan dan bukan digunakan untuk rujukan rasmi sebagai Malaysian Standards. Memandangkan draf-draf tersebut juga adalah hakcipta organisasi-organisasi yang berkenaan seperti Jabatan Standard Malaysia, ISO/IEC, ASTM dan CEN, tuan/puan adalah dilarang daripada membuat salinan dan mengedarkannya kepada pihak lain.

Sekiranya pihak Tuan/ Puan ingin membuat sebarang ulasan dan pandangan terhadap draf MS tersebut, Tuan/ Puan hendaklah menggunakan borang yang disediakan. (Sila klik  DI SINI untuk memuat turun borang ulasan umum tersebut)

Semua ulasan hendaklah sampai ke Jabatan Standard Malaysia melalui emel pc@jsm.gov.my selewat-lewatnya pada:

i) 31 Julai 2019 bagi draf semakan semula MS 2038:2006 Site Investigations - Code Of Practice (First Revision)

ii) 31 Julai 2019 bagi tiga (3) penarikan balik MS

iii) 14 Jun 2019 bagi draf pindaan MS 2397:2016, AMD 2 Coated Glass in Building - Specification (First Revision)

Kami juga berharap untuk mendapat kerjasama daripada pihak tuan/puan agar dapat membuat pautan laman sesawang organisasi tuan/puan kepada laman sesawang kami di www.jsm.gov.my bagi tujuan pemberitahuan kepada ahli pertubuhan dan organisasi tuan/puan.

Kerjasama serta sokongan tuan/puan dalam perkara ini diharap akan dapat memajukan lagi aktiviti-aktiviti standardisasi negara kita.

Sekian terima kasih.

 

ACCEPTED BY MALAYSIANS, RECOGNISED BY THE WORLD"

Saya yang menjalankan tanggungjawab,

 

(NORHALIZA ARIFIN)

Ketua BS 1

Bahagian Standardisasi

Jabatan Standard Malaysia

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri